KUALA LUMPUR, 8 JAN: Pendaftaran secara bersyarat bagi vaksin Covid-19 keluaran syarikat Pfizer, “Comirnaty Concentrate for Dispersion”, telah diluluskan untuk kegunaan di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 8 JAN: Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat kepada empat angka dengan 1,086 kes hari ini, dua daripadanya jangkitan import.
SHAH ALAM, 8 JAN: Sebanyak 16 pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia hari ini, jumlah kematian tertinggi dicatatkan sejak pandemik melanda negara.
SHAH ALAM, 29 DIS: Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat kepada 747 kes hari ini berbanding 697 kes yang direkodkan semalam, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 29 DIS: Sembilan lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini menjadikan kluster yang direkodkan setakat ini ialah 498 kluster.
PUTRAJAYA, 28 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan individu yang disahkan positif Covid-19 untuk kekal berada di rumah sehingga petugas perubatan daripada Pusat Kesihatan Daerah (PKD) hadir untuk membawa mereka ke hospital ditetapkan.
PUTRAJAYA, 28 DIS: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengekang penularan Covid-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 28 DIS: Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat hampir dua kali ganda hari ini iaitu 697 kes, berbanding 392 kes yang dicatatkan semalam.
SHAH ALAM, 28 DIS: Sebanyak 1,594 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, hampir semua melibatkan penularan dalam negara.
KUALA LUMPUR, 25 DIS: Empat lagi kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan dua daripadanya membabitkan tapak bina di ibu negara.
SHAH ALAM, 25 DIS: Kes baharu Covid-19 di Selangor merekodkan penurunan dalam tempoh tiga hari berturut-turut bermula Rabu, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 25 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan seramai 1,441 pesakit Covid-19 sembuh, mengatasi bilangan kes baharu iaitu 1,247.
SHAH ALAM, 24 DIS: Kes baharu Covid-19 di Selangor menurun kepada 491 kes hari ini berbanding 535 yang dilaporkan semalam, namun masih tertinggi dalam negara.
KUALA LUMPUR, 10 DIS: Berikutan semakin banyak kluster terbentuk daripada perhimpunan sosial kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai supaya mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika menghadiri sebarang jenis perhimpunan atau semasa berada di tempat awam.
PUTRAJAYA, 10 DIS: Kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) di Malaysia bagi pandemik Covid-19 dijangka berada pada tahap 0.95 hingga 1.05 dalam tempoh dua minggu lagi berbanding 0.96 yang dicatatkan semalam.
SHAH ALAM, 7 DIS: Sebanyak 1,600 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan Negeri Sembilan mencatatkan kes tertinggi iaitu 541.
KUALA LUMPUR, 29 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memastikan vaksin Covid-19 yang lulus didaftar dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat, berkualiti dan mempunyai keberkesanan optimum mengikut keperluan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun meninggal dunia akibat dijangkiti wabak rabies di Sarawak pada 11 November lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
PUTRAJAYA, 16 NOV: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak pertengahan Oktober lalu bukanlah satu kegagalan, tegas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
PUTRAJAYA, 16 NOV: Fasiliti di Kementerian Kesihatan (KKM) masih mencukupi untuk merawat pesakit Covid-19 yang semakin bertambah dan pada masa ini, tiada keperluan untuk membuka semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.